Tun Mahathir ‘U-turn’, mahu BR1M diteruskan

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi menyatakan bantuan tersebut kononnya sebagai rasuah kerajaan, berkata, BR1M akan dikekalkan jika bantuan itu didapati penting buat rakyat.

Namun katanya, BR1M itu perlu dijadikan sebagai bantuan berkanun berlandaskan undang-undang dan bajet.

“Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti (campuran).

Selain itu, Tun Mahathir turut mengumumkan parti tersebut akan bertanding dalam PRU14 sebagai parti komponen pakatan pembangkang.

Jelasnya, pakatan pembangkang akan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan meletakkan hanya seorang calon di setiap kawasan bertanding.

“Mana-mana parti lain yang turut bertanding menentang Barisan Nasional (BN) selain satu parti campuran dalam kalangan parti pembangkang dilihat bertujuan memecahkan sokongan rakyat.

“Dalam parti campuran, sebarang perbuatan untuk melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain ia adalah tindakan untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pakatan pembangkang sedia untuk berdepan perebuta tiga penjuru jika situasi tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, PPBM akan memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Pada majlis itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menyampaikan ucapan.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan ahli politik DAP, Teresa Kok, memetik mStar Online.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri