Bomba hantar Storm ke Sebuyau

Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.

“Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm) digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari Kuching malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam ini, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota Storm tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.

Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia