Boleh tumbangkan BN tanpa PAS

Beliau berkata, ini kerana, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.

Beliau mengandaikan ini berdasarkan pengiraan kasar, dengan anggapan bahawa pembangkang yang diwakili oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2013 mendapat 50,000 undi, manakala BN pula meraih 45,000 undi.

Berdasarkan angka-angka ini, Khalid berkata, pada PRU14, Pakatan Harapan akan kekurangan kira-kira 7,000 undi daripada PAS.

Walau bagaimanapun, katanya, parti serpihan PAS, AMANAH mampu membantu membawa 3000 undi, dan PPBM pula akan membawa lebih 3500 undi daripada UMNO.

Ini akan menjadikan PH mendapat 46,500 undi, berbanding BN – 41,500 undi dan PAS 7,000 undi.

“Berdasarkan anggaran mudah di atas, maka calon Pakatan Harapan masih boleh menang hasil dari kewujudan Amanah dan Bersatu,” katanya. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal