Beliau berkata, pandangan itu wajar dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan supaya boleh mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.
“Menurut undang-undang sedia ada, kita hanya membenarkan pengguguran sekiranya ia membahayakan ibu yang mengandung.
“Saya menerima pandangan beliau (mufti). Namun perlu ada satu pendirian agama yang jelas kerana isu ini bukan sahaja melibatkan mereka yang dalam bidang perubatan tetapi agama juga,” katanya kepada pemberita.
Semalam Dr Zulkifli dilapor sebagai berkata, orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika yang boleh memudaratkan kehidupan keluarga atau bayi itu sendiri.
Ditanya sama ada kerajaan akan mewajibkan wanita mengandung yang berada atau mengunjungi negara yang mengalami Zika membuat imbasan, Dr Subramaniam berkata, golongan tersebut boleh mendapatkan pandangan daripada doktor.
“Mereka boleh berjumpa doktor bagi mencari jalan yang selamat,” katanya.
Dua kes Zika dikesan di negara ini setakat ini yang satu daripadanya mengakibatkan kematian. – Bernama