Bodoh jika tidak buat PRN Selangor lebih awal – Tony Pua

Ketua DAP Selangor, Tony Pua berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan menganalisis kesan terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan susulan daripada cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Dapatan daripada analisis itu kata Tony, Pakatan Harapan perlu membubarkan DUN Selangor lebih awal sebelum SPR menyelesaikan proses persempadanan semula yang sedang dilaksanakan.

“Jika kamu buat tinjauan rambang, ramai akan menyatakan perkara yang sama.

“Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai,” kata Pua kepada media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Menurut Pua, akan membentangkan analisis itu dan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan untuk dimuktamadkan.

Kit Siang mencadangkan diadakan PRN Selangor lebih awal kerana mendakwa cadangan persempadanan semula oleh SPR telah ‘mengubah’ peta negeri itu dengan tujuan membolehkan UMNO kembali berkuasa.

Bagaimanapun, Azmin kemudiannya membantah cadangan tersebut dan menegaskan kerajaan negeri tidak boleh mengkhianat mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Exco Selangor dijangka membincangkan langkah seterusnya tindakan berhubung cadangan persempadanan semula hari ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri