BN tidak terima calon bebas, kata Najib

Perdana Menteri berkata, calon Bebas tidak boleh berbuat apa-apa jika mereka menang sekalipun.

“Jadi, kita ada dua calon yang kita boleh sokong iaitu calon langsung BN di Bekenu (Rosey Yunus) dan calon BN di Lambir, Ripin Lamat,” katanya ketika

mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 2,300 penduduk tempatan di Sibuti, Bekenu, 50km dari sini, hari ini.

Rosey dan Ripin turut hadir pada majlis tersebut.

Rosey, penyandang kerusi itu akan ditentang calon PKR dan dua calon Bebas, manakala Ripin berdepan calon Pas dan PKR.

Najib turut merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti, yang merupakan RTC kedua di Sarawak selepas RTC Betong. – Bernama

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai