BN Perak tidak akan guna taktik kotor untuk kempen, kata Zambry

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau meminta jentera parti supaya mengelak daripada menggunakan pendekatan itu yang dilihat merugikan BN.

“Rakyat tidak suka dengar cacian, tuduhan dan makian yang dilemparkan. Lebih-lebih lagi PRK kali ini berlangsung dalam bulan puasa.

“Paling penting, gerak kerja kita ini memerlukan kesepaduan dan tidak tersasar daripada pendekatan-pendekatan yang sudah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Selasa.

Beliau berkata, BN akan terus memfokuskan perkara yang membabitkan kepentingan rakyat selain menyediakan solusi dalam menangani masalah sedia ada di Parlimen berkenaan.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengarahkannya untuk menjadi penyelaras sekali gus meneruskan perancangan yang disusun Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Kami juga akan melakukan proses pemutihan bagi mengenal pasti bilangan sebenar pengundi yang menyokong BN di kawasan tersebut.

“Ada dalam kalangan mereka yang tidak keluar mengundi itu bukan disebabkan memboikot calon BN tetapi lebih kepada proses pemutihan. Ada dalam kalangan nama itu sudah meninggal dunia atau bekerja luar dari Perak,” katanya.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang