BN menyalahgunakan SPR menjelang PRU-14 – Sivanesan

Tindakan itu didakwa satu perbuatan umpama pengecut oleh BN, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai itu.

Beliau juga membidas tindakan MIC yang mengunci mulut sedangkan MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen BN mengecam sekeras-keras tindakan SPR itu.

“Pemimpin MIC tidak seharusnya lupa bahawa mereka menang tipis di Cameron Highlands dan Segamat.

“Persempadanan sebegini akan memungkinkan calon MIC akan terus disapu bersih menjelang PRU nanti.

“Adalah wajar apa yang disuarakan oleh veteran MIC, Tan Sri K. Kumaran semalam berkaitan persempadanan ini,” katanya lagi.

Kali terakhir SPR melakukan persempadanan semula ialah pada tahun 2013 dan ia sepatutnya dilakukan pada 2013.

“Disebabkan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga, ia memilih jalan belakang untuk menang dan ini adalah suatu tindakan yang serius,” katanya.

Dakwa beliau lagi, kawasan DUN Bidor yang sebelum ini terdiri daripada 19,700 pengundi kini kurang kepada 16,124 sahaja, manakala di Slim River pula pengundinya kurang kepada 17,400 dan dinamakan sebagai DUN Mesaut.

“BN memerintah dengan majoriti besar di tiga DUN.

“Gara-gara bimbang pemerintahan berdepan risiko tumbang, SPR melakukan perubahan ini dan saya mahu dengar penjelasan SPR,” kata beliau lagi. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal