BN menang tanpa bertanding di Bukit Sari dan Bukit Kota

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ke pusat penamaan calon bertempat di Kompleks Stadium Tertutup Lawas.

Awang Tengah yang mempertahankan kerusi tersebut iaitu N.71 sebelum proses persempadanan semula tahun lalu, dikatakan bakal dicabar oleh calon PKR, Jamail Brahim dan calon Parti Kebangsaan Dayak, Walter Sela.

Pada Pilihan Raya Negeri 2011 lalu, beliau memperoleh 6,018 undi sekali gus menang dengan majoriti 5,063 undi mengalahkan calon PKR, Japar Suyut yang hanya mendapat 955 undi.

Kerusi DUN paling hujung untuk Sarawak yang bersempadan dengan Brunei di sebelah barat dan Sabah di sebelah bahagian timur itu mempunyai 12,418 pengundi berdaftar.

Seorang lagi calon BN yang menang tanpa bertanding, Abdul Rahman Ismail yang bertanding di kerusi Bukit Kota.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai