BN kesal DUN Selangor tolak usul hina Institusi Raja

ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata tindakan tersebut menunjukkan sikap hipokrit Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

“Saya telah menyuarakan cabaran kepada Azmin sebelum ini namun sehingga kini beliau masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang se-parti dengannya,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Annex, di sini.

Darell sebelum ini telah memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau, yang antara lain kandungannya, mempertikaikan khutbah yang dikeluarkan JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang ada menyentuh mengenai usaha dalam mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.

Tegas Budiman, cadangan usul ini ditolak dengan alasan perkara ini sedang disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas laporan polis dibuat oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak boleh diterima.

“Usul ini dikemukakan ke Dewan Yang Mulia adalah kerana rakyat sendiri sebenarnya sudah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik oleh parti PKR ini.

“Amalan politik keterlaluan seumpama ini sudah wajib ditolak rakyat.

“Saya yakin dan percaya bahawa sekiranya cadangan untuk dibahaskan usul ini diterima, maka Dewan Yang Mulia ini dapatlah mengambil pandangan dan input daripada Yang Berhormat kerajaan mahupun pembangkang, dan segala pandangan serta input ini bolehlah dijadikan sebagai garis panduan supaya keceluparan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri