BN kekal jadi pilihan utama rakyat Malaysia

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata BN terus menjadi pilihan utama rakyat kerana ia merupakan entiti politik bersatu yang mempunyai dasar dan pengalaman dalam menangani isu-isu dalam negara.

Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB), Parti Warisan dan Parti Harapan Rakyat oleh bekas pemimpin UMNO hanya bermatlamat mahu merebut jawatan perdana menteri dan memburuk-burukkan kerajaan pimpinan BN.

“Selepas enam bulan mereka beroperasi, tidak satu pun ada mengumumkan tentang dasar ekonomi, pendidikan, dasar luar negara, sosial atau dasar kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Asia (ABC) 2016 di Labuan, Sabah pada Khamis.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kepercayaan terhadap kredibiliti dan keupayaan kerajaan membolehkan BN menerima sokongan berterusan daripada rakyat. –Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri