BN akan rampas semula lima kerusi Parlimen – MB Kedah

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Mohamad Hanipa, berkata BN negeri sudah mengatur strategi berkesan untuk merampas semula lima kerusi yang dipegang pembangkang.

Kelima-ima kerusi Parlimen yang ada ditangan pembangkang sangat diperlukan untuk membolehkan pembangunan berterusan.

“Selain membolehkan pembangunan, kemenangan lima parlimen juga akan memudahkan permintaan peruntukan kewangan untuk tujuan pembangunan,” katanya.

Katanya adalah satu kerugian besar untuk Kedah sekiranya lima kerusi Parlimen itu terus kekal di dalam cengkaman pembangkang.

Ujarnya lagi, sekiranya kerusi Parlimen kekal di tangan pembangkang, pembangkang tidak akan dapat menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat.

“Kerajaan Pusat memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk setiap Parlimen. Jika lima kerusi Parlimen dirampas dalam PRU nanti, kita akan dapat peruntukan RM15 juta.

Malah kehilangan lima kerusi Parlimen kepada pembangkang telah merugikan masyarakat kerana mereka tidak akan mendapat peruntukan tambahan. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal