Bintang popular Korea bakal jalani penggambaran di Malaysia

Menurut sumber, penggambaran dijadualkan bermula pada 18 sehingga 24 Ogos ini di sekitar Lembah Klang. Antara salah satu lokasi yang dikatakan akan menjadi pilihan drama arahan pengarah Kim Chul Gyu ini ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, sebuah produksi tempatan yang mengendalikan penggambaran tersebut memerlukan seramai lebih kurang 50 bangsa Korea yang menetap di negara ini, berumur di antara 19 hingga 30 tahun sebagai pelakon tambahan.

Dalam drama tersebut, Sang Yoon memainkan watak sebagai Seo Woo Do manakala Kim Haneul melakonkan watak sebagai Choi Soo Ah.

A road To The Airport berkisar tentang Seo Woo Do, merupakan seorang pensyarah yang ceria dan kacak di sekolah seni bina, yang gembira keluarga hidup dengan isteri dan anaknya. Namun kebahagiannya musnah selepas beliau terlibat dalam satu insiden.

Tatkala dia sedang mengalami krisis, Choi Soo Ah yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai pramugari selama 12 tahun datang dalam hidup lelaki itu. Kehidupan Seo Woo Do dan Choi Soo Ah berubah selepas kedua-duanya bertemu.

Sang Yoon, 35, popular dan pernah memenangi anugerah pelakon terbaik menerusi drama seperti I Love You, Dont Cry, Home Sweet Home dan My Daughter Seo-Young. Baru-baru ini namanya menjadi bualan hangat apabila digosipkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi popular yang juga merupakan anggota kumpulan After School, Uee.

Sementara itu, ini merupakan drama pertama Kim Haneul, 38, selepas lakonannya menerusi drama fenomena, A Gentleman’s Dignity, kira-kira empat tahun lalu. – Malaysian Digest

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran