Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh tersebut selepas Hasmiza, 45, atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida masih kekal dengan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Terdahulu, peguam Syed Ahmad Syed Abas mengemukakan surat permohonan supaya pasport Hasmiza dipulangkan sementara supaya anak guamnya dapat berurusan di luar negara.
Menurutnya, Hasmiza akan ke Bangkok, Thailand pada 3 hingga 5 Januari, Guangzhou, China pada 16 hingga 22 Januari serta menunaikan umrah dan ziarah di Madinah pada 26 Januari sehingga 3 Februari depan. -BH Online