Biar Polis Urus Kes, Panggil Individu Untuk Siasat

JOHOR BAHRU, 22 April -- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media di sebuah hotel hari ini. 
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk memanggil mana-mana pihak untuk melengkapkan siasatan berhubung isu stoking kalimah Allah melibatkan KK Super Mart.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia kerana sudah ada beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai individu mengenai isu berkenaan.

“Sudah ada sejumlah laporan polis, biar hal itu diuruskan oleh polis,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil KK Super Mart untuk dirakam keterangan dalam minggu ini.

Razarudin berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malah kertas siasatan sudah dibuka dan pihaknya akan memanggil beberapa individu termasuk pihak KK Mart sendiri bagi membantu siasatan kes.

Pada Sabtu, Pengurus Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai melahirkan rasa bersalah atas penjualan stoking tertera perkataan Allah di salah sebuah cawangan premisnya yang tular baru-baru ini.

Katanya, kesilapan seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang 23 tahun perniagaan dijalankan. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia