Biar PAS yang jelaskan soal hudud – Budiman

Calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata demikian ketika diminta mengulas isu hudud.

“Isu ini dibawa oleh PAS, biar PAS yang terangkan. Fokus saya nak menang. Ada banyak perkara yang boleh diambil kira,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi BN di sini.

Ketika diminta menyatakan pendirian sama ada beliau akan menyokong hudud ketika berbahas di Dewan Rakyat sekiranya menang dalam PRK Sg. Besar, Budiman berkata “Bagi saya menang dahulu.”

Budiman yang juga merupakan ADUN Sungai Panjang menolak isu hudud sengaja digunakan untuk menakutkan masyarakat Cina.

“Kalau kita boleh menolak politik kebencian, saya rasa tidak ada masalah,” ujarnya.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang