Beliau menyifatkan himpunan kali ini juga membuktikan beberapa perkara yang tidak betul.
“Saya seorang ahli UMNO hanya menyokong perhimpunan aman sahaja selama ini.
“Jika mana-mana ahli UMNO lain mempunyai pendapat bertentangan dalam perkara ini (himpunan aman), saya masih sokong himpunan aman,” katanya lagi.
Jelasnya, ketika Tun Mahathir ketika menjadi perdana menteri, pernah tercetus pertelingkahan antara beliau dan Mahathir mengenai perhimpunan aman ketika itu.
“Kini saya percaya rakyat akan menerima baik budaya demonstrasi aman di negara ini. Kerajaan akan bermanfaat jika membenarkan rakyat berhimpun tanpa sebarang ketakutan,” katanya.
Beliau memuji pegawai keselamatan yang sabar menangani dan mengawal himpunan aman secara profesional.
“Pada bersih pertama mereka cuba meleraikan orang yang berdemontrasi dengan air menyebabkan rusuhan tetapi kali ini keadaan itu tidak berlaku.
“Malah saya gembira rakyat sudah matang apabila menyertai himpunan tanpa menimbulkan sebarang keganasan,” ujarnya lagi. – Tamil Nesan