Bersih ada kaitan dengan IS?

Beliau mengakui Gerakan sangat keliru dengan tuduhan yang serius itu, meskipun parti itu tidak bersetuju dengan cara Bersih 2.0 mahu menjalankan demonstrasi mereka.

“Baju Merah atau sesiapa pun tidak boleh membuat tuduhan serius ‘pengganas’ terhadap Bersih 2.0 kecuali ada bukti kukuh untuk menyokongnya,” katanya.

Ketua Umno Bahagian UMNO Sungai Besar itu yang menerajui gerakan Baju Merah juga mendakwa Bersih 2.0 akan mengepung Putrajaya dan lapangan terbang pada 19 November.

Tan berkata, jika kumpulan baju merah itu mempunyai maklumat, mereka perlu menyerahkan kepada polis dan bukan mewar-warkan perkara itu kerana ia boleh mengancam sektor pelancongan.

“Jangan cari publisiti murah dengan melakukan perkara sedemikian,” katanya. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal