BERSIH 5 : DBKL berdepan kerugian

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata pelbagai masalah dan kerosakkan mungkin berlaku seperti perhimpunan haram sebelum ini yang merosakkan harta benda awam dan menjejaskan alam sekitar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Walaupun mereka hanya berhimpun, tetapi kesan daripada perhimpunan itu akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan memusnahkan harta benda awam khususnya tanaman di sekitar kawasan ibu negara.

“Malah tindakan itu dilihat tidak profesional dan tidak bagus kerana akhirnya semua kos kerugian akan ditanggung DBKL seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasmikan majlis Pembukaan Restoren KL Seafood Market di banggunan tempat letak kenderaan bertingkat di Jalan Tanglin, Taman Tasik Perdana.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia