Berpakaian muslim tetapi jual nasi lemak ‘Rendang Babi’

Rata-rata yang beratur dan merupakan pelanggan tetap nasi lemak itu, majoritinya orang Islam yang terpedaya dengan pakaian peniaga dari seberang, tersebut.

Menerusi sumber kiriman yang tersebar di aplikasi WhatsApp berkata, selepas seorang cina memesan 5 bungkus nasi lemak ‘rendang babi’, baharulah orang ramai mengetahui peniaga tersebut bukan seorang Islam dan telah menjual makanan larangan umat Islam.

“Nasi lemak 5 letak rendang babi…(semua berpaling dan bertanya) Awak bergurau?, dia menjawab, tidak, saya tak bergurau. Dia jual, kamu tanya dia.

“Semua bertanya kepada penjual perempuan dari seberang tersebut. Betul awak jual rendang babi? Penjual menjawab, betul saya memang jual. (Pembeli bertanya), habis awak pakai macam ni?. Penjual perempuan yang berpakaian lengkap seperti wanita Islam, bertudung itu menjawab, ini pakaian saja, saya bukan Islam,” kongsi kiriman tersebut.

Terdahulu, sumber kiriman itu menasihati orang ramai supaya berhati-hati membeli makanan di kawasan Damansara dan Kuala Lumpur.

“Janganlah terpedaya dari segi pakaian yang dipakai penjual. Tambahan lagi bila bulan Ramadhan. Mereka ni yang banyak berjual. Mana perginya orang kita entahlah,” katanya.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah