Bernard Chandran, Rizalman, Minarwan bergelar Datuk Seri dan Datuk

Kedua-dua pereka fesyen ini tersenarai dalam kalangan 105 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan pada Isnin.

Bernard Chandran menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ manakala Rizalman menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Mengulas mengenai anugerah berkenaan, Bernard Chandran berkata, beliau tidak pernah bermimpi menerima pengiktirafan seperti itu kerana berpendapat hanya kakitangan kerajaan atau tokoh yang terkenal serta pemain dalam industri kritikal yang layak menerima penghormatan tersebut.

Bekas ketua pasukan hoki negara, Mirnawan Nawawi yang menerima DIMP berkata, pengurniaan itu merupakan pengiktirafan kepada keseluruhan warga sukan hoki negara, termasuk kepada mereka yang sudah bersara. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia