Beri peluang Najib cipta kegemilangan

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Najib juga boleh melakukan apa yang bekas Perdana Menteri itu lakukan jika diberi peluang.

Mustapha berkata, yang menjadi masalahnya kini apabila pihak tertentu termasuk Dr Mahathir cuba mengganggu Najib kerana tidak dapat memenuhi seleranya.

“Saya tahu banyak jasa Dr Mahathir kepada negara dan rakyat selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

“Najib juga boleh kalau tidak diganggu. Jadi berilah peluang kepada Najib untuk berjasa seperti Dr Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini melancarkan deklarasi bagi menjatuhkan kepemimpinan Najib yang didakwanya gagal mengurus tadbir negara dengan baik selain isu derma RM2.6 bilion.

Sehingga kini bekas Perdana Menteri itu masih belum berpuas hati dengan penjelasan mengenai isu derma RM2.6 bilion walaupun sudah dijelaskan sendiri oleh Menteri Luar Arab Saudi.

Sementara itu, Mustapha berkata beliau menerima kritikan daripada penyokong Dr Mahathir kerana mengkritik bekas Perdana Menteri itu.

“Seorang sahabat telefon saya memberitahu ramai orang marah kerana kenyataan akhbar saya melawan Dr Mahathir, mereka kata saya tidak kenang budi dan jasa Dr Mahathir.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri