Menurut Gopaalakrishnan, permintaan MEF yang meminta individu yang mencari kerja untuk tidak meminta gaji yang tinggi dan setimpal dengan pekerjaan adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Kenyataan MEF ini jelas menunjukkan mereka cuba lari daripada membayar gaji setimpal untuk pekerja yang ambil oleh syarikat mereka,” katanya.
Susulan itu, beliau menasihatkan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk mepersiapkan diri dengan dengan keperluan pasaran tenaga kerja yang ada tanpa mengharapkan gaji tinggi.
“Gaji minima mungkin boleh diberi kepada anak-anak yang baru menghabiskan alam persekolahan.
“Tetapi mereka yang layak dan terlibat dalam pekerjaan yang lebih baik dan profesional boleh ditawarkan gaji lebih tinggi berbanding gaji minima semenanjung (RM1,000) yang ditetapkan,” ujarnya.
Katanya lagi, pihak majikan sepatutnya perlu memberikan gaji berdasarkan keadaan pasaran semasa bukan berdasarkan kenyataan tidak masuk akal segelintir pihak.
Kebiasaannya pihak majikan akan mengupah pekerja asing sekiranya tidak mempunyai pekerja tempatan, tetapi pekerja rakyat tempatan tiada pilihan selain berunding mengenai gaji pokok bersama majikan.
Ketika ini 35 peratus pekerja asing bekerja di sektor swasta dan akan pulang ke negara asal selepas tempoh sementara mereka tamat. –Tamil Nesan