Pertemuan kedua-dua beregu itu adalah ulangan pertembungan di peringkat kumpulan Ahad lalu yang menyaksikan V Shem-Wee Kiong mengejutkan pilihan keempat itu 16-21, 21-15, 21-18.
“Kita sememangnya sudah menjangka beregu China itu tidak berdepan masalah mara ke final.
“Ini kerana lawan mereka di separuh akhir tidak begitu kuat. Jadi dalam tempoh dua hari ini kami akan membuat persiapan rapi bagi mengecewakan mereka buat kali kedua,” kata V Shem.
Beregu China itu menepati ramalan layak ke final selepas menumpaskan pasangan Great Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge 21-14, 21-18 dalam masa 54 minit malam tadi. -BH Online