Berdarah hidung sikit pun dah nak darah berbalas darah? – AMANAH

Perkara itu disuarakan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir menyelar kenyataan ugutan ketua kumpulan baju merah susulan insiden ‘hidung berdarah’ pada Ahad lalu.

“Berdarah hidung sikit pun dah nak darah berbalas darah?.

“Manusia jenis apa yang berfikir begitu. Kalau beliau seorang pemimpin dalam apa jua kapasitinya…beliau harus jadi seorang yang tenang,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara pada Selasa.

Sebelum ini Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berikrar untuk membayar setiap titisan darahnya yang tumpah akibat ditumbuk ketika pergelutan antara kumpulan baju merah dengan konvoi Bersih 5 di Ampang.

Selain itu, Anuar berharap Jamal dan penyokongnya tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perhimpunan di ibu negara, Sabtu ini.

“Jangan timbulkan soal darah dibayar darah… ia satu insiden yang kecil. Kita harap dalam perhimpunan 19 November nanti tidak ada (kekecohan).

“Diharap semua berlaku dalam suasana festive dan bukannya marah-marah, benci-membenci dan sebagainya. Kami cuma nak suarakan bantahan secara aman,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri