Â
Majistret, Muhammad Hidayat Wahab memutuskan demikian terhadap pelakon itu tanpa memanggilnya membela diri atas pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Â
Mengikut pertuduhan, Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayahtullah Raja Shariffuddin, 29, didakwa memiliki dadah selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar di sini pada 27 Mac lalu.
Â
Benjy yang diwakili peguam bela, Farhan Read, tersenyum lega selepas mendengar keputusan tersebut.
Â
Bagaimanapun, rakannya, Raja Shariff diperintah membela diri pada 3 dan 5 Mei depan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.
Â
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin. – Sinar Harian