Beli kereta bukan faktor patriotik, tapi duit, kata menteri

“Kita kena faham yang mana membeli kereta ini bukan mengenai kenegaraan atau patriotik. Ini melibatkan sesetengah orang itu terpaksa membelanjakan separuh daripada pendapatan mereka (untuk bayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans, minyak petrol, tol, bayaran parkir, servis dan sebagainya).,” katanya, memetik kenyataan yang dikelaurkannya di laman blog miliknya.

“Jadi bila seseorang itu membeli kereta, satu perkara utama yang difikirkan iaitu untuk memastikan ia berbaloi,” kata Salleh.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta rakyat Malaysia untuk membantu Proton.

Salleh bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai pertikaian mengenai perkara itu dan secara peribadinya tidak teragak-agak untuk terus mengharumkan nama Malaysia.

“Tetapi perkara begini adalah berkaitan ‘willing buyer, willing seller’. Jadi apa yang Proton sedang lalui sekarang ini bukanlah disebabkan kurangnya sifat kenegaraan atau patriotiik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Mengambil contoh kerajaan asing seperti Sweden, Salleh berkata, negara itu tidak memaksa rakyatnya membeli Volvo untuk mengelakkan syarikat kenderaan itu dijual kepada China. Britain juga tidak memaksa rakyatnya membeli Mini bagi mengelakkan syarikat itu dijual kepada German.

“Dan kerajaan Britain kini sedang berdepan dengan masalah kilang logam Tata (yang mana mengalami kerugian RM6 million sehari) mungkin ditutup di United Kingdom dengan menyebabkan 40,000 orang kehilangan pekerjaan ekoran rakyatnya lebih memilih untuk mendapatkan logam yang jauh lebih murah buatan China,” katanya.

Ekoran daripada itu, Salleh berpendapat bahawa konsep permintaan dan pengeluaran seharusnya diguna pakai dalam menjual produk Proton.

“Tetapi kita tidak boleh mencipta permintaan itu dengan meminta rakyat Malaysia untuk membeli sesuatu produk disebabkan mereka adalah rakyat Malaysia dan Proton adalah buatan Malaysia,” katanya lagi.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri