Presiden PPM, K. Subramaniam berkata, pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap Makkal Sakti tetapi akan terus menyokong BN.
“Kami hilang keyakinan terhadap kepimpinan Makkal Sakti, tetapi masih dan akan terus taat setia bersama BN.
“Perkara ini kami sudah rujuk ke perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Politiknya, Datuk Salimin dan pemimpin utama BN Perak,” katanya.
Dakwanya dalam sidang media di sebuah restoran di Silibin, Ipoh semalam, Makkal Sakti sudah membubarkan lapan bahagiannya dan para ahli sudah keluar parti itu.
Bahagian yang dibubar Bagan Serai, Parit Buntar, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Gerik, Taiping, Beruas dan Batu Gajah.
Subramaniam berkata, mereka yang keluar daripada Makkal Sakti tidak menyertai parti lain setakat ini.
“Tetapi kami akan terus memberikan khidmat kami menerusi PPM.
“Kami juga akan merujuk perkembangan kami kepada perhatian Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan segala kerja kearah itu sedang dilaksanakan.
“Kami akan terus menyokong dan kekal setia bersama najib dan BN menjelang PRU-14 nanti dan akan membantu meraih sokongan komuniti India ke arah BN kali ini,” tegasnya lagi. – Tamil Nesan