Bekas pembantu cabar Mukhriz sumpah dengan Al Quran

Beliau dicabar oleh bekas pembantunya, Haris Che Mat melalui satu kenyataan pada Selasa.

“Saya minta Mukhriz bersumpah dengan al-Quran – tanpa sebarang syarat – bahawa beliau dan bapanya (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak tahu langsung sebarang usaha pihak-pihak tertentu untuk mensabotaj IPO 1MDB, dan beliau tidak mahu menjadi perdana menteri dengan cara segera,” katanya.

Haris pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Mukhriz ketika anak bekas perdana menteri itu menjadi menteri besar Kedah.

Haris yang juga naib ketua UMNO Pokok Sena siang tadi mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan.

Melahirkan rasa kesal atas dakwaan penyokong Mukhriz bahawa beliau menjadi pengkhianat kepada parti, Haris memberitahu dia masih menjadi anggota UMNO berbanding bekas menteri besar itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Sekarang rakyat tahu siapakah pengkhianat kepada UMNO dan Melayu. Saya sentiasa mempertahankan Umno.

“Saya tidak hipokrit dan bukan saya yang mensabotaj IPO 1MDB. Bukan saya yang membuat laporan polis pada Disember 2014 dan bukan saya yang mendakwa bahawa RM42 bilion dana 1MDB hilang dan menyalahkan perdana menteri.

“Ini adalah langkah politik yang jijik dan hina,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri