Bekas pelajar USM beri bantuan kepada 40 pelajar universiti

Presiden pertubuhan itu, R.Ponnaiyah berkata setiap pelajar menerima RM2,000 hingga RM3,000 selain diberi nasihat dan sokongan.

“Sebanyak 29 pelajar yang menghadiri majlis menerima bantuan di Kuala Lumpur telah diberikan ganjaran, manakala 11 lagi pelajar diberi bantuan hari ini di Johor Baharu menerusi Pertubuhan Inspirasi.

“Sebagai bekas pelajar, kami bercadang untuk membantu pelajar cemerlang dengan menubuhkan satu komuniti melalui aplikasi Whatsapp, dimana segala informasi akan dimaklum dalam kumpulan itu,” katanya.

Beliau turut menambah, pelajar yang menerima bantuan terbabit dikenal pasti terlebih dahulu latar belakangnya dan penerima itu juga adalah mereka yang tergolong sebagai pelajar cemerlang.

Makkal Osai yang memetik kenyataan Ponnaiyah sebagai berkata, menerusi itu, pada 2015, pertubuhan berkeaan telah dapat membantu lima pelajar dengan mengumpul duit bermula RM50 hingga RM100 dikalangan mereka.

“Selepas itu, kami bercadang untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran untuk memasuki universiti, namun kami tidak sangka, dengan bantuan bekas pelajar USM, kami berjaya mengumpul RM79,000 dalam masa dua hari.

“Dengan itu, kami berjaya memberi bantuan kepada 40 pelajar yang mendapat tempat di pelbagai universiti di seluruh negara.

“Tiada sebarang tujuan politik dalan perkara ini dan kami juga tidak mewakili mana-mana parti politk,” jelas beliau. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal