Bekas pegawai khas Hishamuddin didakwa rasuah

Pertuduhan dijalankan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Tertuduh, Zailan Jauhari, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan bernilai RM80,000 pada Januari 2014.

Difahamkan Zailan bertugas dengan Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO sehingga Februari 2014.

Dakwaan itu membabitkan tender bagi dua syarikat membersihkan sekolah yang terletak di bawah Kementerian Pendidikan.

Mengikut pertuduhan, Zailan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut seksyen 24 akta sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan Zailan menerima suapan iaitu wang tunai RM20,000 dan sekeping cek Bank Islam Malaysia Bhd bernilai RM60,000 daripada Siti Rahmah Sabli sebagai upah bagi melakukan suatu transaksi yang mungkin berlaku untuk membantu dua syarikat mendapatkan tender kerja-kerja pembersihan sekolah di dua zon di daerah Kuala Selangor.

Zailan dan Siti Rahmah bertemu di sebuah restoran di Kuala Selangor. Dua syarikat dimaksudkan dalam pertuduhan itu ialah KCM Maju Resources dan Sri Kajang Jaya

Hakim Asmadi Hussin kemudian membenarkan Zailan diikat jamin RM30,000 dan menetapkan 13 Februari ini untuk pengurusan kes berkenaan. -Malaysiakini

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap