Bekas menteri Abdul Manan Othman meninggal dunia

Anak sulung Allahyarham, Nadzrin, 53, berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri sejak Isnin lepas.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di Desa Sri Hartamas di sini, Nadzrin berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 10 pagi Khamis.

Allahyarham yang merupakan Menteri Pertanian pada 1980 hingga 1984, sebelum itu pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Awam, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri. Allahyarham meninggalkan isteri Nora Abu Hassan, 78, tiga anak dan lapan cucu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia