Bekas CEO anak syarikat GLC ditahan berhubung rasuah RM2.5 juta

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 3.30 petang semalam.

“Dia dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri,” katanya kepada Bernama.

Sumber itu berkata suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta di ibu negara, Khamis.

Selain itu, suspek akan dituduh bagi lima pertuduhan berkaitan pecah amanah yang dipercayai dilakukan di antara 30 April dan 30 Oktober 2013, katanya.

Semasa dihubungi hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap