Bekas ADUN Ijok ditentang kerana dilantik sebagai penyelaras BN

Bantahan semakin bertambah terhadap pelantikannya menjawat kerusi itu menjelang Pilihan Raya Umum ke- 14.

Tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa BN Selangor itu menerima tentangan daripada Bahagian MIC Kuala Selangor.

Kumpulan itu dikatakan telah meluluskan usul tidak percaya terhadap Parthiban dalam hal ini.

Usul tidak percaya itu diluluskan pada 16 November lalu dalam mesyuarat Bahagian MIC Kuala Selangor.

Difahamkan, lebih 50 orang ketua cawangan parti itu telah menandatangani usul berkenaan yang dibuat ke atas Parthiban yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Selain itu Timbalan Ketua Perhubungan MIC Selangor Wilson Sigamany dikatakan turut hadir ke mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor S. Jivakumarasamy gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara berkenaan.

Surat pelantikan itu difahamkan telah diterima Parthiban kira-kira dua minggu lalu.

Selain itu, sebilangan besar Cawangan MIC di Kuala Selangor juga dikatakan membantah sekeras-kerasnya pelantikan Parthiban itu. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal