Bekalan barang keperluan cukup menjelang Aidiladha

Beliau berkata, setiap kali musim perayaan, pihak kementerian akan memantau bekalan bahan mentah bagi memastikan ia mencukupi untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

“Kita mempunyai stok barangan keperluan tempatan yang mencukupi dan sekiranya ada keperluan, kami akan mengimport bagi memastikan umat Islam dapat menyambut ibadah korban ini dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru di Georgetown pada Sabtu.

Katanya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkemungkinan akan melaksanakan pemantauan menyeluruh di seluruh negara bagi memastikan harga barangan keperluan tidak dinaikkan sesuka hati.

Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 12 September, yang kebetulan jatuh pada minggu cuti persekolahan yang bermula dari 10 hingga 18 September. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia