Bekalan air lebih 90 peratus pulih

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, pihaknya telah memulakan kembali operasi loji sejak pukul 2.30 petang pada 24 September lalu selepas mengesan tiada kesan pencemaran bau.

“Sebelum ini, empat daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih pada 22, 23 dan 24 September lalu akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih.

“Daerah Sepang mencatatkan status pemulihan paling tinggi iaitu sebanyak 99.7 peratus, diikuti Kuala Langat sebanyak 99 peratus, Hulu Langat (93 peratus) dan Petaling (91 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Amin Lin, bagaimanapun bekalan air bantuan juga giat dihantar dengan lori tangki ke premis pengguna di kawasan yang masih belum pulih.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia