Bejet 2017: Kerajaan bantu pemandu teksi, galak pemandu Uber

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembetangan Bajet 2017 itu, jumlah RM60 juta tersebut akan memberi manfaat kepada 12 ribu pemandu teksi di seluruh Malaysia.

“Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu brpendapatan sehingga RM3 ribu sebulan diperkenal. Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO.

“Contoh, jika hilang upaya kekal bayaran pukal RM43 ribu-RM121 ribu dan bayaran bulanan RM1,281-RM2,624 sepanjang hayat. Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 – RM2,655 sebulan,” umum Najib di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam perkembangan yang sama, Najib turut menggalakkan rakyat untuk menyertai perkhidmatan Uber bagi menambah pendapatan.

“Bagi bantu B40 khususnya pnerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Pendapatan boleh cecah RM1,500/bulan jika pandu separuh masa 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika mlebihi 40 jam seminggu,” katanya lagi.

Malah kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi, sekiranya pihak yang berminat untuk menjalankan perkhidmatan Uber namun tidak mempunyai wang yang cukup boleh menggunakan bantuan BR1M untuk membeli kenderaan.

“Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M dan rebat RM4 ribu bagi pembelian Proton Iriz,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia