Beberapa kali terlanjur selepas seminggu rapat dengan kenalan WeChat

Lebih memalukan, gadis berusia 20 tahun dan berasal dari Chalok, Setiu itu turut mengaku sudah terlanjur dengan kekasihnya, 20, dari Felda Belara, Kuala Nerus, sebelum bilik hotel mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya bersama dua anggota polis hasil maklumat awam sebelum membawa kepada penahanan pasangan muda tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang tidak bekerja itu terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel kira-kira jam 6 petang sementara menunggu gadis terbabit yang semasa itu keluar makan bersama rakan-rakannya.

“Pasangan berkenaan bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.

“Gadis itu memaklumkan itu merupakan kali pertama dia datang ke hotel berkenaan serta mengaku sudah dua kali melakukan persetubuhan sebelum bilik mereka diserbu pihak penguat kuasa.

“Malah lebih menyedihkan, pasangan itu turut mengaku pernah beberapa kali terlanjur di lokasi lain sepanjang tempoh seminggu berkenalan dengan lebih rapat,” katanya.

Wan Mohd berkata, tanpa segan silu gadis tersebut juga memaklumkan datang ke hotel berkenaan semata-mata untuk menemani lelaki terbabit tidur.

Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia