Bebaskan kami daripada tahanan Israel – Dr Fauziah

Gesaan itu dibuat menerusi rakaman video mesej SOS beliau dan aktivis lain yang dimuat naik di wbg.freedomflotilla.org apabila mereka ditahan ketika dalam misi memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza.

Dalam video berdurasi 1.03 minit itu, Dr Fauziah turut menyatakan penghargaan terhadap semua pihak yang menyokong dan berdoa agar mereka selamat.

Selain Dr Fauziah, 12 aktivis lain turut merakam video menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa agar memberi tekanan kepada Israel supaya membebaskan mereka yang “ditahan secara tidak sah” atau “diculik” di perairan antarabangsa.

Antara mereka ialah pemenang Hadiah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan Ahli Parlimen dari New Zealand, Marama Davidson; pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace; atlet dan ahli akademik dari Norway, Gerd Von Der Lippe; serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topçuoglo.

Kapal Zaytouna-Oliva ditawan tentera laut rejim pada jam 8.58 malam tadi waktu Malaysia.

Ia kini dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel. Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu.

Ia dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza. Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia