Beban tugas guru dikaji

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu satu Mesyuarat Penyelarasan Berhubung Sistem Pengisian Data Dalam Talian akan diadakan Khamis ini di Putrajaya bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Sebenarnya guru dalam Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan sudah mempunyai tanggungjawab hakiki.

“Kerja guru ini selain daripada mengajar dalam bilik darjah, ada lagi aktiviti lain iaitu sukan, ko-kurikulum, akademik dan kebajikan murid,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad di Kepala Batas pada Selasa.

Beliau berkata, antara perkara yang akan dikaji ialah tugas perkeranian yang ada kaitan dengan memasukkan data melalui sistem dalam talian sama ada guru perlu menghantarnya ke kementerian atau tidak. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia