Bazaar Depavali di Jalan Kelang Lama, Taman Sentosa kini terbuka untuk permohonan

Waktu operasi perniagaan ditetapkan bermula pukul 11 pagi hingga 11.00 malam untuk tempoh 30 hari menjelang sambutan Deepavali pada 29 Oktober.

Tempat letak kereta dewan masyarakat Taman Sentosa Batu 6 1/2 dan Jalan Kelang Lama merupakan lokasi yang dipilih untuk bazaar Deepavali kali ini.

Pengerusinya A. Jothi berkata, tempat berkenaan lebih strategik untuk peniaga India di kawasan Taman Medan, Taman Sri Manja, Puchong selain memudahkan masyarakat India membuat persiapan perayaan itu.

Bazaar yang dianjurkan dengan kelulusan DBKL ini mengalu-alukan peniaga kecil dan juga ibu tunggal untuk membuka kedai dan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran lot boleh didapati dengan menghubungi Jothi di talian 01112864344 atau Setiausahanya Mohammad Maimuni di talian 0182377786.

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal