Bayi usia 27 hari dan ibu berpantang di pusat pemindahan banjir

Yuriyana Che We, 30, dan bayi lelakinya, Mohd. Azam Mohd. Faizal ditempatkan di sebuah bilik darjah di tingkat satu di sekolah tersebut setelah rumah mereka di Taman SL Hutan Pasir, Ketereh dinaiki air sejak Isnin lalu.

Katanya, dia melahirkan anak keempatnya itu secara normal pada 8 Disember lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

“Air naik hingga menenggelamkan tangga rumah kerana rumah terletak di kawasan bendang.

“Mujur ketika itu, jiran membantu saya membawa kami anak beranak ke sini kerana waktu itu suami, Mohd. Faizal Abdul Rahman,36, tiada di rumah kerana ada urusan kerja di bandar.

“Jadi, saya terpaksalah berpantang di sini (pusat pemindahan)buat sementara waktu, dan Alhamdulilah anak tidak meragam. Makanan berpantang seperti nasi, ikan bakar suami beli di luar,” katanya memetik laporan Kosmo Online di pusat pemindahan banjir di SK Seri Ketereh.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia