Bayi berkepala dua di Mexico curi tumpuan dunia

Dalam rakaman itu yang disiarkan 6 Januari lalu, kelihatan jururawat memegang bayi berkenaan dengan keadaan tiub dipasang melalui hidung di kedua-dua kepalanya.

Pihak perubatan di Mexico enggan mengulas lanjut tentang kes kelahiran luar biasa itu tetapi mengesahkan ibu dan bayi berkenaan dalam keadaan stabil.

Selain itu, pihak hospital juga difahamkan masih memikirkan beberapa perancangan terhadap bayi lelaki tersebut.

Kelahiran bayi tersebut berlaku di bandar Ciudad Juarez pada minggu lalu dan hanya berlaku sekali dalam setiap 100,000 kelahiran.

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun