Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, kos menunaikan haji secara muassasah meningkat kepada RM19,550 seorang berbanding RM18,890 seorang ketika ini berikutan kos penginapan, pengangkutan, makan minum dan lain-lain perkhidmatan yang turut bertambah.
“Maka subsidi haji akan meningkat kepada RM9,570 untuk seorang jemaah.
“Ini menjadikan jumlah subsidi yang bakal ditanggung oleh Tabung Haji adalah lebih RM200 juta pada tahun hadapan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-33 Musim Haji 1438 Hijrah di TH Hotel & Convention Centre di Kuala Terengganu pada Isnin.
Yang hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah; Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib – Utusan Online.