Bawa masuk PPBM untuk lemahkan PAS – Khalid Samad

Perkara itu didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad dalam satu perbualan bersama ahli kumpulan What’sApp yang terdiri daripada anggota pembangkang.

Beliau berkata, pakatan besar itu amat penting bagi menjadikan PAS terpinggir daripada arus politik pembangkang dan menjadikannya tidak relevan.

“Melalui gabungan besar ini maka PAS akan semakin terpinggir. Apabila semakin ramai bersama Pakatan Harapa (PH) PAS akan kelihatan bersendirian dan tak mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN).

“Tu caranya untuk menjadikan PAS tidak releven,” katanya melalui perbualan itu malam tadi.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, jika gabungan PAN dan DAP saja, hanya DAP yang mampu memenangi kerusi ditandingi, namun tidak bagi PAN.

Khalid juga menyifatkan PAS masih lagi satu parti yang kuat walaupun sebahagian ahlinya sudah berhijrah menyertai parti serpihan itu.

Oleh itu beliau mengingatkan ahli parti pembangkang lain supaya tidak memandang rendah terhadap keupayaan PAS walaupun ramai yang meninggalkan parti itu.

“Kita saja nampak PAS lemah. Jangan syok sendiri. Kalau 50 peratus ahli PAS dah sertai kita, masih ada 50 lagi lagi. Dah ada ke 50 peratus (ahli PAS keluar parti)?

“Nak dapatkan sesuatu kena usaha…Bukan sekadar meluahkan perasaan memanjang. Kita usaha yakinkan PKR dan PPBM,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri