Bagaimanapun, tiada wartawan yang mengalami kecederaan serius akibat insiden itu.
Bas terbabit dalam perjalanan dari venue bola keranjang ke Olympic Park apabila penumpang mendakwa mendengar dua bunyi tembakan terkena kenderaan mereka.
Tembakan itu mengakibatkan tingkap kaca pecah dan percikan kaca menyebabkan dua penumpang cedera ringan.
“Kami ditembak, maksud saya, kami boleh mendengar tembakan itu,” kata Sherryl “Lee” Michaelson, bekas kapten tentera udara Amerika Syarikat yang kini bertugas dalam penerbitan bola keranjang di Rio.
Polis Brazil bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan. Keganasan jenayah jalan raya di Rio kini menghantui Sukan Olimpik pertama di Amerika Selatan itu.
Pada Sabtu lalu, sebutir peluru terkena pusat ekuestrian dan hampir mengenai wartawan di situ. – Reuters