Bas terbalik ketika turun Genting Highlands

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Engku Fadzir Engku Man berkata pemandu bas berusia 66 tahun itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan hidraulik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Engku Fadzir berkata mangsa yang maut dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

“Lima belas penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan manakala 10 lagi dibawa pulang ke hotel,” katanya.

Beliau berkata bomba menerima panggilan mengenai nahas itu pada jam 7.19 malam, sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia