Baru saya seorang hantar borang Presiden FAM -Annuar Musa

Menurut bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, ketika menghantar borang pencalonan kepada FAM pada Isnin, beliau dimaklumkan tiada individu lain yang menyatakan hasrat secara rasmi untuk merebut jawatan berkenaan.

“Saya tanya kepada FAM, dah ada ke orang yang bertanding, dan dia kata belum ada lagi. Jadi, bila bimbang tak ada orang jadi presiden FAM, saya tandantangan borang dan hantar.

“Saya telah terima pencalonan dan telah hantar borang. Saya tak nak komen hal orang lain nanti orang marah saya,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor mendapat ‘lampu hijau’ untuk menggalas tugas sebagai Presiden FAM, sekali gus menepati ramalan bahawa beliau merupakan calon terbaik mengisi kekosongan kerusi panas badan induk bola sepak negara.

Perkara tersebut disahkan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers yang melaporkan kunjungan delegasi ahli gabungan FAM menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sementara itu, Annuar berkata, semua pihak mempunyai hak untuk bertanding dan FAM juga mempunyai peraturan dan berikutan itu beliau menolak untuk mengulas mengenai pencalonan lain.

“Saya tiada apa-apa jawatan dalam bola sepak dan saya juga hanya penyokong bola sepak. Bila menerima pencalonan saya menghantar borang untuk bertanding.

“Masa masih panjang sebelum pemilihan dibuat dan sehingga itu saya tak nak komen tentang orang lain.

“Kalau ada apa pun biarlah saya umumkan selepas ini. Kita tengok dulu. Saya tidak bekerja dengan “kalau” (ada pihak lain akan bertanding) kerana ia tidak membawa apa-apa,” tegasnya. -mStar

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2