Barang kemas dirampas seberat 19.3kg, bernilai RM3.64j

Menurut sumber rapat dengan pasukan pegawai penyiasat dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, SPRM telah mendapatkan khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

“Berat barang kemas bagi suspek berjawatan pengarah adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta manakala nilai barang kemas seberat 4.8kg bagi suspek berjawatan timbalan pengarah dianggarkan dalam RM900,000,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira 10.30 pagi Jumaat dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

Dalam sidang akhbar pada Rabu lepas (5 Oktober), Azam mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah.

Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap