Bapa tiga anak mulakan misi dayungan solo ke Kedah

Nadzeri hari ini memulakan ekspedisi dayungan solo itu dari Johor ke Kedah sejauh 1,000 kilometer dan akan berakhir di Tanjung Charlie, Alor Setar, 5 Julai depan.

Beliau yang berpengalaman berkayak lebih 30 tahun berkata, sepanjang perjalanan itu, beliau akan berhenti di kira-kira 30 lokasi bermula dari Gelang Patah, dekat sini sebelum tiba di Kedah.

Bapa kepada tiga anak itu, berkata ekspedisi berkenaan antara lain mempromosikan Kedah serta sebahagian daripada latihan untuk membuat persediaan bagi meneruskan misi dayungan dari Malaysia ke Gaza (Palestin) pada tahun 2018.

“Saya juga memilih untuk membuat dayungan pada bulan Ramadan kali ini sebagai latihan kerana misi ke Gaza adalah sejauh 17,000 kilometer.

“Ekspedisi itu adalah lebih setahun, oleh demikian saya mahu menguji sejauh mana ketahanan dan kekuatan kerana ketika itu saya juga akan menempuh bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Jeti Jabatan Perikanan Daerah Johor Bahru, Tampoi dekat sini, hari ini.

Majlis pelepasan kira-kira jam 9.45 pagi itu, disempurnakan oleh Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia